Powered By Blogger

Mencari ?

Friday, February 17, 2012

sedih bila baca paper

assalammualaikum warohmatullah sahabat ana sekalian~

alhamdulillah hirabbila alamin,kerna ana dan pembaca semua masih bernafas lagi dimuka bumi ini.
ambillah peluang ini untuk bertaubat kembali kepada Allah swt.


jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam,
jadikanlah esok lebih baik dari hari ini,
semua Lillah hi taala.






berbalik kepada tajuk,
hari ini ana sedih bila melihat akhbar harian metro(17/2/12)
bila sahaja melihat muka hadapan,hati ana mula rasa geram dan sedih bila baca pasal halaman murtad di facebook.
kumpulan ini ditubuhkan bagi meraih sokongan masyarakat tentang gejala murtad.

yang sedih,

  • para penekan "like" bagi page ini sudah hampir 900 orang.
  • page ini membabitkan golongan melayu di malaysia dan singapura.
  • sesiapa yang cuba berdakwah dicaci oleh penyokong kelab ini.


yang geram!!!!!
  • mereka menghina NABI SAW
  • mereka menghina segalanya tentang ISLAM

kepada rakan rakan sekalian,berhati hatilah dengan dakyah mereka ini.
mereka akan berusaha untuk menyesatkan dan meragukan kita dalam semua perkara yang membabitkan agama supaya menjadi murtad!nauzubillah~
tingkatkanlah iman,perbanyakkanlah amalan.




tadi baru lepas baca dekat page diorang.ALLAH SWT saja yang tahu perasaan geram yang teramat ini.






ya Allah,Kau tunjukkanlah hiayahMu kepada mereka agar mereka kembali semula kepadaMu ya Allah.
Luluh hati ini melihat mereka menjadi sebegitu.
ya Allah,sesungguhnya Kau Maha Pemberi ya Rabb.
ya Allah,selamatkan kami semua.
Kau paculah akidah kami ke jalan lurusMu.
kami lemah ya Allah,
kami hanya bersandar kepadaMu.
syurgaMu impian kami,
Maniskanlah iman kami yang serinng tawar ini.
ya Allah,kami lemah!kami lemah!
jadikanlah hambaMu ini sebagai hamba yang bersyukur ya Allah.
Amin ya Rabb.

maaf atas kekhilafan pada penulisan diatas.

kutip buah yang gugur,
buah diambil hingga kosong,
jika salah sila tegur,
agar tidak hamba terpesong,

No comments:

Post a Comment