Powered By Blogger

Mencari ?

Saturday, February 25, 2012

kisah syurga!

assalammualaikum warohmatullah sahabat ana sekalian!

alhamdulillah ya Rabbi,

hari ini ana akan berkongsi serba sidikit tentang kisah syurga.
yang diilhamkan oleh BFTJ(best friend till jannah).

terima kasih atas cadangan yang baik ini ya bftj! (^_^)

sumber yang saya gunakan ialah:http://tanbihul_ghafilin.tripod.com (silalah layari web ini,ia amat berguna)

kisah syurga bermula dari...

1)bidadari

Ibn Abbas r.a. berkata: "Sesungguhnya didalam syurga ada bidadari yang dijadikan dari empat macam iaitu misik, ambar, kafur dan za'faran, sedang tanahnya dicampur dengan air hidup (hayawan), dan setelah dijadikan maka semua bidadari asyik kepadanya, andaikan ia berludah dalam laut tentu menjdai tawar airnya, tercantum dilehernya: Siapa yang ingin mendapat isteri seperti aku, maka hendaklah taat kepada Tuhanku."

gambar hiasan(bftj)


2)senibina syurga.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Ya Rasullullah, dari apakah dibuat syurga itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Dari air." Kami bertanya: "Beritakan tentang bangunan syurga." Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Satu bata dari emas dan satu bata dari perak, dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za'faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati, tidak lapuk pakaiannya, tidak berubah mukanya."
(gambar hiasan)


3)keadaan sosial di syurga.

Anas bin Malik r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Didalam syurga ada pasar tetapi tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan keadaan ketika didunia, dan cara beribadat, bagaimana keadaan antara si fakir dengan si kaya, dan bagaimana keadaan sesudah mati dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai kesyurga."
(gambar hiasan)


semoga apa yang ana kongsikan ini akan menjadi semangat kita sama-sama untuk menggapai syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan ini.
insya Allah.
syukran!

wal allahualam

Thursday, February 23, 2012

kisah neraka jahannam

assalammualaikum warihmatullah rakanku sekalian,
alhamdulillah kepada Allah swt kerana memberi peluang ana sekali lagi untuk menulis serba sedikit ilmu yang tak berapa tinggi ini pada rakan sekalian   =)

insyaAllah dalam article ini ana akan berkongsi serba sedikit tentang neraka Jahannam!

selamat membaca,semoga ini akan menjadikan Iman kita kuat dan berusaha untuk mengelakkan diri dari menjadi ahlinya!

Kisah neraka Jahannam
                        Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.    
                        Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

                        Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."

                         Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras." Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.


nauzubillah ,ya Allah!
jauhkanlah kami ya Allah dari tempat ini!
sesungguhnya kami adalah makhluk yang lemah ya Allah!
sesungguhnya kami tidak sanggup menghadapinya!
Kau perkukuhkanlah iman kami!
Kau berilah peluang kami untuk beribadah kepadaMu!
agar kami menggapai syurgaMu ya Rabb!

AMIN~




wal allahualm.

bftj-syukran ya ukhti. (^_^)

Tuesday, February 21, 2012

antara puncanya

assalammualaikum warohmatullah sahabat ana sekalian.
alhamdulillah,terima kasih kerana sudi melawat blog ana yang tak seberapa ni ya! (^_^)



ana ingin berkongsi satu video lagu sahaja ,
yang mana lagu ini amat bermakna dalam perubahan diri ana,
dan lagu inilah yang membuat ana tersentuh hati memikirkan dosa-dosa ana ini,
membuatkan ana ingat bahawa hinanya ana .




setiap lirik yang tertulis dalam lagu ini sungguh menyentuh hati ana,
dan yang paling utama,inilah antara puncanya!
semoga apa yang ana kongsi ini,dapat menjadi menafaat dalam diri rakan-rakan ana sekalian
syukran~
Allah hu akhbar.

ya Allah,tunjukkanlah kami jalan lurusMu,
janganlah Kau pesongkan kami setelah kami telah lurus,
hambaMu ini lemah ya Rabb,
hanya pada Kau aku meminta,kerana Kau saja yang Maha Pemberi!Maha Pemurah!
Amin ya Rabbi.

#bftj.terima kasih sebab jujur.saya kawan dengan awak kerana Allah swt.belajar rajin-rajin yeah.saye faham~  (^_^)
betul cakap awak,WE WAIT AND SEE with DOA,USAHA,IKHTIHAR,TAWAKKAL. (DUIT)

Sunday, February 19, 2012

anak oh anak!

assalammualaikum warohmatullah hiwabarokatuh sahabat ana sekalian!

alhamdulillah yang tiada terhenti atas kurniaan Allah swt yang masih lagi berpeluang untuk ana untuk menyampaikan serba sedikit cerita-cerita ana hari ini.

dalam penulisan post ini,ana sebenarnya ambil ilham untuk membuka cerita ana dari kehidupan harian ana.apa yang terdetik dihati dan mencuit hati ana akan post kan di blog ini.


berbalik kepada tajuk atas,anak oh anak!





anak adalah kurniaan Ilahi yang wajib dipertanggungjawabkan oleh ibubapa!
ibubapa harus pandai mencorak anak-anak agar anak itu menjadi soleh @solehah pada masa hadapan,kerna anak- yang soleh @solehah ini akan@boleh menjadi satu jaminan kita apabila diakhirat kelak.


anda mesti tertanya-tanya kenapa ana sebuk menceritakan tentang anak?
sebernarnya tadi masa sembahyang zohor,ana ternampak seorang anak kecil tengah solat dengan ayahnya.sungguh comel anak itu,ana tersenyum bila dia cuba mengikut ayahnya solat.walaupun salah,dia tetap ikut ayahnya solat hingga habis solat.inilah yang buat ana tertarik untuk menulisnya.

ana sebenarnya sangat mengingingkan anak!
kenapa?

sebab mereka comel!
sebab ana rasa menjadi seronok apabila mendidik anak anak yang comel ini!
sebab ana cemburu dengan rakan-rakan yang dah mempunyai anak!
sabab ana akan rasa bangga dengan anak ana kelak! anak siapa tu?anak Amir ! lah patutlah.
sebab terakhir adalah!ana memang terlalu mahukan anak!tak tahu kenapa.bila tengok budak,anak terdetik mahukan anak!

100% ana pelik.haahaa.



comel tak budak-budak ni?
ya Allah,


 walaupun hati ini membuak buak terlalu inginkan bayi,hajat itu hanyalah berangan-angan saat ini sahaja.calon cakap nak kena tunggu 7 tahun.walaupun agak lama,insyaAllah semoga Allah permudahkan itu.

ya Allah,aku memohon kepadaMu.
kurniakanlah aku isteri yang solehah!
anak anak yang soleh dan solehah!

kerana keluarga sakinah adalah impian ana hingga ke JannahMU kelak.


amin ya Rabb

Friday, February 17, 2012

sedih bila baca paper

assalammualaikum warohmatullah sahabat ana sekalian~

alhamdulillah hirabbila alamin,kerna ana dan pembaca semua masih bernafas lagi dimuka bumi ini.
ambillah peluang ini untuk bertaubat kembali kepada Allah swt.


jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam,
jadikanlah esok lebih baik dari hari ini,
semua Lillah hi taala.






berbalik kepada tajuk,
hari ini ana sedih bila melihat akhbar harian metro(17/2/12)
bila sahaja melihat muka hadapan,hati ana mula rasa geram dan sedih bila baca pasal halaman murtad di facebook.
kumpulan ini ditubuhkan bagi meraih sokongan masyarakat tentang gejala murtad.

yang sedih,

  • para penekan "like" bagi page ini sudah hampir 900 orang.
  • page ini membabitkan golongan melayu di malaysia dan singapura.
  • sesiapa yang cuba berdakwah dicaci oleh penyokong kelab ini.


yang geram!!!!!
  • mereka menghina NABI SAW
  • mereka menghina segalanya tentang ISLAM

kepada rakan rakan sekalian,berhati hatilah dengan dakyah mereka ini.
mereka akan berusaha untuk menyesatkan dan meragukan kita dalam semua perkara yang membabitkan agama supaya menjadi murtad!nauzubillah~
tingkatkanlah iman,perbanyakkanlah amalan.




tadi baru lepas baca dekat page diorang.ALLAH SWT saja yang tahu perasaan geram yang teramat ini.






ya Allah,Kau tunjukkanlah hiayahMu kepada mereka agar mereka kembali semula kepadaMu ya Allah.
Luluh hati ini melihat mereka menjadi sebegitu.
ya Allah,sesungguhnya Kau Maha Pemberi ya Rabb.
ya Allah,selamatkan kami semua.
Kau paculah akidah kami ke jalan lurusMu.
kami lemah ya Allah,
kami hanya bersandar kepadaMu.
syurgaMu impian kami,
Maniskanlah iman kami yang serinng tawar ini.
ya Allah,kami lemah!kami lemah!
jadikanlah hambaMu ini sebagai hamba yang bersyukur ya Allah.
Amin ya Rabb.

maaf atas kekhilafan pada penulisan diatas.

kutip buah yang gugur,
buah diambil hingga kosong,
jika salah sila tegur,
agar tidak hamba terpesong,

Wednesday, February 15, 2012

Apa Kejadahnya Rokok?

assalammualaikum warohmatullah rakan rakan daku sekalian!

alhamdulillah wa syukur lillah.

ok,hari ini aNa ingin mengupas serba sedikit tentang ROKOK?

tapi sebelum tu ana ingin berterima kasih kepada pengunjung blog ana ini.
alhamdulillah baru 3 hari buat dah ada puluhan juga yang tengok.SYUKRAN SYUKRAN!Wakaka. =D

ok!sekarang kita berbalik kepada tajuk!

"weh,kau tak merokok ke?
apa barang!tak maco ah lu beb!
kau tak nak try ke rokok ni hah?
eleh,baru rokok jee kot.


inilah soalan soalan dan kritikan yang sering dilontarkan pada ana bila kawan ana nak menghisap rokok.
ye,mungkin ada sesetengah kritikan ini ada yang betulnya,tapi perbuatan merokok ini makhruh dan menjadi haram apabila ia memudharatkan diri.terdapat dalil dari al-Qurab sebdiri yang melarang kita membinasakan diri dan orang lain.

menurut ahli sains,asap perokok yang dikeluarkan lebih bahaya dari asap yang dihisap perokok itu.

dahlah membinasakan diri,malah membabitkan orang lain!
berdosa tahu tak!

selain itu,rokok ini adalah salah satu perkara yang membazir.islamkan melarang pembaziran,sebab tu amalan syaitan!adakah kita mahu ikut amalan syaitan ini?nauzubillah.


kepada para perokok,hentikanlah perkara yang lagha ini.
cubalah sedaya upaya untuk berhenti,kan dah ada pelbagai cara yabg mudah untuk behenti.

harga rokok pun makin naik.bayanglah kalau 20 tahun lagi?rm50 kot sekotak!
membazir poit!(bak kata negeri 9)haha.


AKU BENCI ASAP TU SEBAB TAK MEROKOK!

wal allahualam .
syukran.

Monday, February 13, 2012

RIAK!

assalammualaikum warohmatullah hiwabarokatuh

alhamdulillah dipanjatkan terlebih dahulu kepada Allah swt atas kurniaan kehidupan yang penuh dengan nikmat dan ujian yang diberi untuk kita selama ini.

yang nikmat disyukuri dan yang ujian hadapilah dengan tabah   (^_^)

pada peringkat awal dalam penulisan blog ini,ana rasakan seperti syok sendiri sahaja menulis.hehe.
maklumlah,baru nak jadi seorang blogger.

ok,sahabat sekalian(ceh macam ramai je yang baca!).

hari ini ana akan berkongsi tentang RIAK !
Riak ini adalah perbuatan yang dimana bila seseorang itu melakukan kebaikan tu dia ingin dilihat oleh orang lain! Ini bermakna amalan yang dilakukan itu bukan niat kepada Allah swt! Nauzubillah~

Padahal yang memberi pahala adalah Allah swt,bukan dari orang yang ditunjukkan itu!

Rasullah saw telah bersabda tentang orang yang riak.dalam riwayat Imam Ahmad dan Al-Baihaqi yan bermaksud "sesungguhnya,sesuatu yang aku takutkan dari kamu adalah syirik kecil.Sahabat bertanya,'dan apakah syirtik yang paling kecil itu? Rasullah saw menjawab,'RIAK'....
dan Allah swt akan berkata kepada orang yang riak pada hari kiamat,'pergilah kamu kepada orang yang kaumu pamerkan amalan kamu dan apakah balasan kamu dari mereka?"
.

ulama mengatakan,terdapat 4 panggilan yang dipanggil pada orang yang riak,
iaitu;
  • hai orang yang suka menunjuk nunjuk!
  • hai orang yang pengkhianat!
  •  hai orang yang berbuat keji!
  • hai orang yang rugi!

adakah kita mahu dipanggil sebegini apabila dipandang masyar kelak?

Rasullah saw telah bersabda,
Barang siapa mempamerkan amalan ,maka Allah pun akan menampakkan padanya!
(hr mulim & bukhari)
maksud menampakkanya ialah Allah akan memperlihatkan kepada manusia bahawa dia adalah pembohong.

maka dengan itu sahabat sekalian,hendaklah kita menjadi seorang yang ikhlas dalam melakukan sesuatu.ikhlas lah kerana Allah swt.cara mendapatkan ikhlas tu ialah niatkan hati kerana Allah swt.
ana akui,ana pun pernah melakukan khilaf ini.
bahkan hari-hari ana melawan nafsu dan hasutan syaitan dari melakukan khilaf ini.
perkara riak inilah yang sering ganggu ana dalam melakukan ibadah ini.

semoga kita sama sama niatkan ikhlas ibadah kerana Allah swt,agar tidak menjadi seorang yang riak!

meh ada sedikit pantun 4 kerat!

kebaya cantik ana yang reka,
direka cantik untuk lady gaga,
kalau riak masuk neraka,
kalau ikhlas masuk syurga,

\100% idea ana.(riak ke?tak lah.haha)

sumber ilmu diatas:Penycian Hati by Amru Khalid

wal Allahualam~