alhamdulillah dipanjatkan terlebih dahulu kepada Allah swt atas kurniaan kehidupan yang penuh dengan nikmat dan ujian yang diberi untuk kita selama ini.
yang nikmat disyukuri dan yang ujian hadapilah dengan tabah (^_^)
pada peringkat awal dalam penulisan blog ini,ana rasakan seperti syok sendiri sahaja menulis.hehe.
maklumlah,baru nak jadi seorang blogger.
ok,sahabat sekalian(ceh macam ramai je yang baca!).
hari ini ana akan berkongsi tentang RIAK !
Riak ini adalah perbuatan yang dimana bila seseorang itu melakukan kebaikan tu dia ingin dilihat oleh orang lain! Ini bermakna amalan yang dilakukan itu bukan niat kepada Allah swt! Nauzubillah~
Padahal yang memberi pahala adalah Allah swt,bukan dari orang yang ditunjukkan itu!
Rasullah saw telah bersabda tentang orang yang riak.dalam riwayat Imam Ahmad dan Al-Baihaqi yan bermaksud "sesungguhnya,sesuatu yang aku takutkan dari kamu adalah syirik kecil.Sahabat bertanya,'dan apakah syirtik yang paling kecil itu? Rasullah saw menjawab,'RIAK'....
dan Allah swt akan berkata kepada orang yang riak pada hari kiamat,'pergilah kamu kepada orang yang kaumu pamerkan amalan kamu dan apakah balasan kamu dari mereka?".
ulama mengatakan,terdapat 4 panggilan yang dipanggil pada orang yang riak,
iaitu;
- hai orang yang suka menunjuk nunjuk!
- hai orang yang pengkhianat!
- hai orang yang berbuat keji!
- hai orang yang rugi!
adakah kita mahu dipanggil sebegini apabila dipandang masyar kelak?
Rasullah saw telah bersabda,
Barang siapa mempamerkan amalan ,maka Allah pun akan menampakkan padanya!
(hr mulim & bukhari)maksud menampakkanya ialah Allah akan memperlihatkan kepada manusia bahawa dia adalah pembohong.
maka dengan itu sahabat sekalian,hendaklah kita menjadi seorang yang ikhlas dalam melakukan sesuatu.ikhlas lah kerana Allah swt.cara mendapatkan ikhlas tu ialah niatkan hati kerana Allah swt.
ana akui,ana pun pernah melakukan khilaf ini.
bahkan hari-hari ana melawan nafsu dan hasutan syaitan dari melakukan khilaf ini.
perkara riak inilah yang sering ganggu ana dalam melakukan ibadah ini.
semoga kita sama sama niatkan ikhlas ibadah kerana Allah swt,agar tidak menjadi seorang yang riak!
meh ada sedikit pantun 4 kerat!
kebaya cantik ana yang reka,
direka cantik untuk lady gaga,
kalau riak masuk neraka,
kalau ikhlas masuk syurga,
\100% idea ana.(riak ke?tak lah.haha)
sumber ilmu diatas:Penycian Hati by Amru Khalid
wal Allahualam~

No comments:
Post a Comment